Harmoni Drink

Dewasa ini, setiap orang mengejar taraf kehidupan yang lebih berkualiti. Namun pelbagai jenis tekanan seperti tekanan di tempat kerja dan tekanan hidup menyebabkan kelesuan sehingga ramai orang  tidak dapat menikmati kehidupan yang bahagia sepenuhnya. Lantaran itu, stamina dan tenaga yang mencukupi sangat mustahak untuk  menjamin kepuasan dan keseronokan hidup. Namun, segala-galanya perlu bermula dengan pemeliharaan kesihatan.


Apa itu Harmoni Drink?

Harmoni Drink merupakan minuman bernutrisi yang diperbuat daripada Tribulus Terrestris, sejenis tumbuhan berbunga daripada keluarga Zygophyllacea, yang tumbuh di kawasan tropika seperti Eropah Selatan, Asia Selatan, Afrika, dan Australia. Secara tradisinya, ia digunakan sebagai suplemen untuk meningkatkan stamina.

Selain itu, Harmoni drink juga mengandungi Polifenol Teh dan herba yang berharga seperti Cordyceps Sinensis yang dapat menguatkan sistem imunisasi tubuh, menurunkan tekanan darah, mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah, anti-penuaan, dan menyihatkan badan secara keseluruhan.

Ketiga-tiga jenis ramuan ini bergabung dengan Lepidium Meyenii (Maca), sejenis tumbuhan berakar krusiferous yang tumbuh di kawasan tinggi Banjaran Andes, Peru, di Amerika Selatan dan ketinggiannya dari aras laut ialah 4000 meter. Orang Peru telah menggunakan Maca dalam meningkatkan tenaga dan stamina. [baca lebih lanjut ]